Academy / Pelajaran / Cukai dan pematuhan
Cukai dan pematuhan
Ambang e-Invoice, siapa yang dikecualikan, dan apa yang wajib ada pada invois sebelum e-Invoice bermula.
- EP46
Ambang e-Invois naik ke RM3 juta: anda masih wajib mengeluarkan?
Mulai 1 September ambang pengecualian naik daripada RM1 juta ke RM3 juta, dan lebih 1.1 juta bisnes terkeluar daripada skop. Dua perkara yang paling kerap disalah kira: tahun mana yang dilihat, dan apa jadi kalau anda berada dalam satu kumpulan.
- EP48
Pengelasan yang borang cukai mahu: kenapa tak boleh campak semuanya ke "belanja lain-lain"
Separuh daripada duit yang dibelanjakan setahun terbaring dalam "belanja lain-lain". Akauntan kata jumlahnya tetap cukup — tetapi orang yang membaca akaun anda bukan membaca jumlah sahaja.
- EP63
"Peranan" MyTax: perkongsian, LLP, majikan — dan kenapa MyInvois memaparkan nama anda?
Anda log masuk MyInvois untuk mengeluarkan e-Invois pertama, dan nama pembayar cukai pada skrin itu ialah nama anda sendiri, bukan nama syarikat. Atau anda mahu failkan cukai perkongsian, selak punya selak dalam MyTax, fail perkongsian itu tak jumpa langsung. Dua perkara, satu sebab: MyTax bukan satu akaun, ia satu tindanan peranan.
